Saturday, May 29, 2010

HOMEOPATI...SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Samuel Hahnemann

Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu " homoios" dan "pathos". Homoios bererti 'serupa' atau 'seumpama' . 'Serupa' merujuk kepada tanda - tanda atau simptom. Maksudnya ialah jika sekiranya seseorang itu mengalami tanda - tanda penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan atau menghilangkan penyakit tersebut. Sementara pathos membawa maksud 'penderitaan' , 'perasaan' atau 'penyakit'. Dengan itu , homeopati merujuk kepada cara "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa "atau" Law of similars".


Sejarah perubatan homeopati telah bermula semenjak 200 tahun lampau hasil usaha seorang doktor berbangsa Jerman, Samuel Hahnemann atau nama sebenarnya Christian Friedrich Samuel. Beliau dilahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755.


Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan. Dua tahun kemudian beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of medicine pada 10 Ogos 1779.


Beliau memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettssted iaitu sebuah kawasan perkampungan galian di Saxony. Sembilan bulan berikutnya , Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Kemudian beliau berkahwin dengan anak tiri pemilik farmasi tersebut yang bernama Johanna Kuchler. Apabila beliau berpindah keDresden, beliau menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemahkan buku dalam bahasa Perancis , Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa Jerman. Ketika beliau sekeluarga berpindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar dan tidak bertamadun serta kurang berkesan. Ini menimbulkan kemarahan oleh pihak yang berada dalam profesion tersebut.


Dalam pada itu, sistem perubatan baru yang dikenali sebagai 'homeopati' mula berputik. Pada tahun 1799, satu tragedi telah melanda di Leipzig iaitu wabak demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar iaitu Belladona dan ternyata ianya berkesan. Pada tahun 1810, karya beliau iaitu ' Organon of Rational Medicine' telah diterbitkan dan nama barunya ialah ' Organon of the Healing Art'. Di dalam organon inilah beliau mengembangkan prinsip asas homeopati iaitu 'SIMILIA SIMILIBUS CURENTER' atau 'Let likes be cured with likes'.

No comments:

Post a Comment