Saturday, October 23, 2010

KERJASAMA FARMINA BIO PLUS & UTHM




PIHAK UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONNMALAYSIA MELALUI FAKULTI

PENGURUSAN TEKNOLOGI, PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

AKAN MENGADAKAN  KERJASAMA. KERJASAMA YANG DIMAKSUDKAN

ADALAH DARI PELBAGAI ASPEK. ANTARANYA DARI SEGI  BRANDING NAMA,

LATIHAN DAN SEBAGAINYA. PERJANJIAN KERJASAMA ( MOU ) AKAN

DITANDATANGANI PADA 25 NOVEMBER 2010. DIHARAPKAN KERJASAMA

INI DAPAT MEMBOLEHKAN FARMINA TERUS MAJU DAN MENJADI SALAH

SATU PELOPOR INDUSTRI HOMEOPATHY DI MALAYSIA. HARAPAN KAMI JUGA

SYARIKAT FARMINA BIO PLUS AKAN TERUS MAJU DI MASA HADAPAN

Monday, August 2, 2010

Pameran Karnival Aktiviti Pelajar di UTHM

Pada 6-10 Ogos 2010, Farmina Bio Plus Consultant & Industries Sdn Bhd (FBIC) akan berada di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi menyertai Pameran Karnival Aktiviti Pelajar. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk keluaran FBIC atau bagi yang ingin mendapatkan produk kami bolehlah datang ke Karnival tersebut. diskaun juga akan diberikan kepada pelanggan yang membeli produk kami sepanjang tempoh karnival tersebut berlangsung.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pejabat urusan FBIC(07-4542159)

Tuesday, July 6, 2010

Aktiviti skuad terjah

Pada 30-4hb Jun 2010 pasukan marketing Farmina Bioplus Ind & Consultants atau lebih dikenali dengan gelaran "SKUAD  TERJAH" pergi ke sekolah-sekolah sempena hari terbuka sekolah berkenaan.
Disana kami membualan jualan serta rawatan konsultasi percuma. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan produk FARMINA kepada para ibu bapa. Pihak kami amat mengambil berat perihal tahap pendidikan para pelajar yang lemah dalam mata pelajaran. Dengan ini kami mempromosi produk kami dengan tujuan agar para pelajar dapat meningkatkan prestasi akademik apabila mengamalkan produk FARMINA dan juga permakanan yang sihat

 30/6/2010-Hari terbuka di S.K Seri Puleh, Parit Lapis Sempadan, Parit Raja

1/7/2010 Hari Terbuka SK Ulu Penggeli , Kluang

2/7/2010-Hari terbuka Sek Agama Kg Sawah. Pekan Nenas, Pontian

Friday, July 2, 2010

Peluang membina kerjaya...!!!!!!!!

Farmina Bio Plus Industries & Consultants Sdn Bhd akan mengadakan kursus membina laman web dan juruterapi Farmina. Penyertaan adalah PERCUMA dan akan di adakan seperti ketetapan berikut :

       Tarikh   : 10 Julai 2010 (Sabtu)
       Masa    : 1.30 petang
       Tempat : Herbalyn Enterprise
                     No.42A, tingkat 1, Jalan 7/7A, 43650,
                     Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor.

Pada yang berminat, sila hubungi Dr. (H) Hjh Farminah bt Hasan -019-7765570.

Wednesday, June 9, 2010

HOMEPAGE WEBSITE FARMINA BIO PLU

Laman Web syarikat kami Farmina Bio Plus Industries & Consultants Sdn Bhd
telah siap. Mari sama-sama lawati ke WEB FARMINA




Saturday, May 29, 2010

SET MEMPERKASA MINDA FARMINA BIO PLUS

HOMEOPATI...SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Samuel Hahnemann

Homeopati berasal daripada dua perkataan iaitu " homoios" dan "pathos". Homoios bererti 'serupa' atau 'seumpama' . 'Serupa' merujuk kepada tanda - tanda atau simptom. Maksudnya ialah jika sekiranya seseorang itu mengalami tanda - tanda penyakit seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan atau menghilangkan penyakit tersebut. Sementara pathos membawa maksud 'penderitaan' , 'perasaan' atau 'penyakit'. Dengan itu , homeopati merujuk kepada cara "merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa "atau" Law of similars".


Sejarah perubatan homeopati telah bermula semenjak 200 tahun lampau hasil usaha seorang doktor berbangsa Jerman, Samuel Hahnemann atau nama sebenarnya Christian Friedrich Samuel. Beliau dilahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755.


Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap sebagai seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan. Dua tahun kemudian beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of medicine pada 10 Ogos 1779.


Beliau memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettssted iaitu sebuah kawasan perkampungan galian di Saxony. Sembilan bulan berikutnya , Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Kemudian beliau berkahwin dengan anak tiri pemilik farmasi tersebut yang bernama Johanna Kuchler. Apabila beliau berpindah keDresden, beliau menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemahkan buku dalam bahasa Perancis , Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa Jerman. Ketika beliau sekeluarga berpindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar dan tidak bertamadun serta kurang berkesan. Ini menimbulkan kemarahan oleh pihak yang berada dalam profesion tersebut.


Dalam pada itu, sistem perubatan baru yang dikenali sebagai 'homeopati' mula berputik. Pada tahun 1799, satu tragedi telah melanda di Leipzig iaitu wabak demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar iaitu Belladona dan ternyata ianya berkesan. Pada tahun 1810, karya beliau iaitu ' Organon of Rational Medicine' telah diterbitkan dan nama barunya ialah ' Organon of the Healing Art'. Di dalam organon inilah beliau mengembangkan prinsip asas homeopati iaitu 'SIMILIA SIMILIBUS CURENTER' atau 'Let likes be cured with likes'.

Saturday, May 22, 2010

JAWATAN KOSONG - MENJANA PENDAPATAN BERSAMA FARMINA BIO PLUS

JAWATAN KOSONG!!!


Salam....
kami di Farmina Bio Plus ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi juruterapi dan jurujual di syarikat kami.

syarat2 kelayakan : 
1) berumur antara 24-45tahun
2) mempunyai kemahiran berkomunikasi
3) mempunyai kemahiran menggunakan komputer
4) berminat untuk menceburi bidang perniagaan

perangkaan pendapatan bagi seorang juruterapi :
1) dapat 1orang Juruterapi Keluarga = RM 30
2) dapat 1 orang Juruterapi Farmina = RM 50

* 30 orang (sebulan) - RM30 x 30 orang = RM900
* 30 orang (sebulan) - RM50 x 30 orang = RM1500



untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi Dr. Farminah di talian 07-4532910 / 019-7765570

Wednesday, May 5, 2010

Kerjasama antara Farmina Bio Plus dan pihak sekolah

Bagi membantu pelajar-pelajar sekolah, Farmina Bio Plus telah membuat  program kerjasama bersama pihak sekolah. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah khususnya yang lemah dalam proses pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pembelajaran, minat serta keinginan pelajar untuk berjaya melalui kaedah-kaedah yang betul, pemakanan serta gaya hidup yang sesuai dengan setiap pelajar.

Antara sekolah-sekolah yang telah memberikan kerjasama dalam program ini adalah sekolah-sekolah d sekitar Johor seperti Sekolah Menengah Parit Betak di Pontian, Sekolah Rendah Ulu Sedeli, sekolah Rendah Kebangsaan Mawai di Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Kluang Barat dan Sekolah Rendah LKTP Ulu Belitong di Kluang serta beberapa buah sekolah di negeri Melaka.

Apa yang membanggakan adalah setiap sekolah yang menerima kunjungan daripada pihak Farmina Bio Plus telah menunjukkan hasil positif di mana pelajar-pelajar yang sebelum ini bermasalah telah menunjukkan perubahan yang lebih baik dari segi sahsiah dan peningkatan dari segi akademik. Hasil yang membanggakan ini telah menarik minat sekolah-sekolah tersebut untuk menjemput pihak Farmina Bio Plus meneruskan program ini di sekolah mereka.

Dengan kos yang amat berpatutan serendah RM10, program rawatan ini dapat di jalankan untuk tempoh 1 bulan. Farmina Bio Plus juga sedang mencari mana-mana sekolah atau pihak-pihak lain untuk bekerjasama menjalankan program ini. Jika berminat sila hubungi :

Dr. (H) Hj. Nasir bin Berau (019-7452755)
Dr. (H) Hjh. Farmina bt. Hasan (019-7765570)
Pejabat (07-4532910)
Faks (07-4542159)
Emel:  fhrc_farminabioplus@yahoo.com

Tuesday, April 27, 2010

Kata-kata Hikmah

Minda bawah sedar adalah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di dimpan. 90% daripada fikiran, tindakbalas, keputusan dan perasaan anda adalah di kawal oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar juga mengawal degupan jantung, sistem pencernaan, sistem pernafasan tanpa kita sedari.

Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang ada pada diri setiap manusia. Ia memang telah tersedia sejak dilahirkan. Ia juga dikenali sebagai tenaga dalaman dan juga merupakan tunjang kepada kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang ada di alam kosmik akan memberikan kesan yang hebat dalam kehidupan seseorang itu.

Kuasa niat adalah sesuatu yang mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kuasa tersebut adalah aliran getaran tenaga-tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung akan mengubah bio kimia dalam badan kita untuk melakukan sesuatu. Apabila seseorang itu berniat maka ia telah memberikan arahan kepada minda untuk mengarahkan tubuhnya melakukan serta menyelesaikan apa yang telah diniatkan.

Tenaga dalaman pada dasarnya dimiliki oleh setiap orang sejak ia dilahirkan. Ia merupakan tunjang utama dalam pembentukan jati diri, motivasi serta keperibadian seseorang. tetapi ianya masih pasif melainkan seseorang itu sudah mengetahui cara untuk mengawalnya ataupun di waktu seseorang itu panik atau ketakutan yang luarbiasa.

Tuesday, April 20, 2010

Asas produk keluaran Farmina Bio Plus

Farmina Bio Plus adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk-produk kesihatan dan pembangunan minda yang berasaskan kaedah homeopati, garam hayat dan herba. Homeopati merupakan sistem penawar yang lembut dan bersifat holistac serta tidak mengandungi dadah (drug) seperti mana ubat-ubatan yang lain dan menjadikannya sesuai digunakan bagi semua golongan samada tua atau muda serta 100% halal.

Homeopati memfokuskan kepada seseorang individu yang menumpukan rawatan spesifik dari segi simptom fizikal dan mental dalam memberi faedah yang berpanjangan. Ini berdasarkan teori rawatan "sama dengan sama" di mana penawar homeopati merupakan bahan semulajadi yang telah dicairkan yang mana jika diberikan kepada orang yang sihat, ia akan mngalami simptom-simptom yang dicirikan oleh sesuatu penawar homeopati.

dalam proses penyembuhan pesakit, perkara yang diambil kira adalah faktor fizikal, mental, emosi dan cara hidup dalam mencari penawar homeopati yang bersesuaian dengan seseorang pesakit.

Usahasama antara Farmina Bio Plus dengan Universiti Tun Hussein Onn

Pada 15 April yang lalu satu mesyuarat telah diadakan di antara syarikat Farmina Bio Plus dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi membincangkan program usahasama di antara kedua-dua belah pihak. Apa yang di bincangkan adalah berkaitan dengan sistem latihan dan penyampaian dan juga penempatan pelajar untuk latihan industri di mana Farmina Bio Plus akan menerima pelajar-pelajar dari UTHM untuk menerima latihan selama beberapa bulan.

Selain itu, perkara lain yang di bincangkan adalah berkaitan tentang pembangunan sistem Pemasaran Rangkaian Produk Farmina di mana pihak UTHM akan membantu dalam memperkenalkan produk Farmina Bio Plus serta memperluaskan pengetahuan orang ramai tentang produk ini. Selain itu, perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penambahbaikan sistem pembuatan di kilang Farmina.

Ini adalah penting bagi menjadikan produk keluaran Farmina Bio Plus akan bertambah baik dan terjamin kualiti serta mutunya. Diharap dengan adanya program kerjasama ini, Farmina Bio Plus akan bertambah maju dan dapat membantu meningkatkan kualiti graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn.