Tuesday, April 27, 2010

Kata-kata Hikmah

Minda bawah sedar adalah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di dimpan. 90% daripada fikiran, tindakbalas, keputusan dan perasaan anda adalah di kawal oleh minda bawah sedar. Minda bawah sedar juga mengawal degupan jantung, sistem pencernaan, sistem pernafasan tanpa kita sedari.

Kuasa minda merujuk kepada tenaga yang ada pada diri setiap manusia. Ia memang telah tersedia sejak dilahirkan. Ia juga dikenali sebagai tenaga dalaman dan juga merupakan tunjang kepada kehidupan kita. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang ada di alam kosmik akan memberikan kesan yang hebat dalam kehidupan seseorang itu.

Kuasa niat adalah sesuatu yang mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan kita. Kuasa tersebut adalah aliran getaran tenaga-tenaga positif yang akan merangsang minda bawah sedar kita dan secara tidak langsung akan mengubah bio kimia dalam badan kita untuk melakukan sesuatu. Apabila seseorang itu berniat maka ia telah memberikan arahan kepada minda untuk mengarahkan tubuhnya melakukan serta menyelesaikan apa yang telah diniatkan.

Tenaga dalaman pada dasarnya dimiliki oleh setiap orang sejak ia dilahirkan. Ia merupakan tunjang utama dalam pembentukan jati diri, motivasi serta keperibadian seseorang. tetapi ianya masih pasif melainkan seseorang itu sudah mengetahui cara untuk mengawalnya ataupun di waktu seseorang itu panik atau ketakutan yang luarbiasa.

Tuesday, April 20, 2010

Asas produk keluaran Farmina Bio Plus

Farmina Bio Plus adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk-produk kesihatan dan pembangunan minda yang berasaskan kaedah homeopati, garam hayat dan herba. Homeopati merupakan sistem penawar yang lembut dan bersifat holistac serta tidak mengandungi dadah (drug) seperti mana ubat-ubatan yang lain dan menjadikannya sesuai digunakan bagi semua golongan samada tua atau muda serta 100% halal.

Homeopati memfokuskan kepada seseorang individu yang menumpukan rawatan spesifik dari segi simptom fizikal dan mental dalam memberi faedah yang berpanjangan. Ini berdasarkan teori rawatan "sama dengan sama" di mana penawar homeopati merupakan bahan semulajadi yang telah dicairkan yang mana jika diberikan kepada orang yang sihat, ia akan mngalami simptom-simptom yang dicirikan oleh sesuatu penawar homeopati.

dalam proses penyembuhan pesakit, perkara yang diambil kira adalah faktor fizikal, mental, emosi dan cara hidup dalam mencari penawar homeopati yang bersesuaian dengan seseorang pesakit.

Usahasama antara Farmina Bio Plus dengan Universiti Tun Hussein Onn

Pada 15 April yang lalu satu mesyuarat telah diadakan di antara syarikat Farmina Bio Plus dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi membincangkan program usahasama di antara kedua-dua belah pihak. Apa yang di bincangkan adalah berkaitan dengan sistem latihan dan penyampaian dan juga penempatan pelajar untuk latihan industri di mana Farmina Bio Plus akan menerima pelajar-pelajar dari UTHM untuk menerima latihan selama beberapa bulan.

Selain itu, perkara lain yang di bincangkan adalah berkaitan tentang pembangunan sistem Pemasaran Rangkaian Produk Farmina di mana pihak UTHM akan membantu dalam memperkenalkan produk Farmina Bio Plus serta memperluaskan pengetahuan orang ramai tentang produk ini. Selain itu, perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penambahbaikan sistem pembuatan di kilang Farmina.

Ini adalah penting bagi menjadikan produk keluaran Farmina Bio Plus akan bertambah baik dan terjamin kualiti serta mutunya. Diharap dengan adanya program kerjasama ini, Farmina Bio Plus akan bertambah maju dan dapat membantu meningkatkan kualiti graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn.