Wednesday, May 5, 2010

Kerjasama antara Farmina Bio Plus dan pihak sekolah

Bagi membantu pelajar-pelajar sekolah, Farmina Bio Plus telah membuat  program kerjasama bersama pihak sekolah. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah khususnya yang lemah dalam proses pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pembelajaran, minat serta keinginan pelajar untuk berjaya melalui kaedah-kaedah yang betul, pemakanan serta gaya hidup yang sesuai dengan setiap pelajar.

Antara sekolah-sekolah yang telah memberikan kerjasama dalam program ini adalah sekolah-sekolah d sekitar Johor seperti Sekolah Menengah Parit Betak di Pontian, Sekolah Rendah Ulu Sedeli, sekolah Rendah Kebangsaan Mawai di Kota Tinggi, Sekolah Kebangsaan Kluang Barat dan Sekolah Rendah LKTP Ulu Belitong di Kluang serta beberapa buah sekolah di negeri Melaka.

Apa yang membanggakan adalah setiap sekolah yang menerima kunjungan daripada pihak Farmina Bio Plus telah menunjukkan hasil positif di mana pelajar-pelajar yang sebelum ini bermasalah telah menunjukkan perubahan yang lebih baik dari segi sahsiah dan peningkatan dari segi akademik. Hasil yang membanggakan ini telah menarik minat sekolah-sekolah tersebut untuk menjemput pihak Farmina Bio Plus meneruskan program ini di sekolah mereka.

Dengan kos yang amat berpatutan serendah RM10, program rawatan ini dapat di jalankan untuk tempoh 1 bulan. Farmina Bio Plus juga sedang mencari mana-mana sekolah atau pihak-pihak lain untuk bekerjasama menjalankan program ini. Jika berminat sila hubungi :

Dr. (H) Hj. Nasir bin Berau (019-7452755)
Dr. (H) Hjh. Farmina bt. Hasan (019-7765570)
Pejabat (07-4532910)
Faks (07-4542159)
Emel:  fhrc_farminabioplus@yahoo.com

No comments:

Post a Comment