Pada 15 April yang lalu satu mesyuarat telah diadakan di antara syarikat Farmina Bio Plus dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) bagi membincangkan program usahasama di antara kedua-dua belah pihak. Apa yang di bincangkan adalah berkaitan dengan sistem latihan dan penyampaian dan juga penempatan pelajar untuk latihan industri di mana Farmina Bio Plus akan menerima pelajar-pelajar dari UTHM untuk menerima latihan selama beberapa bulan.
Selain itu, perkara lain yang di bincangkan adalah berkaitan tentang pembangunan sistem Pemasaran Rangkaian Produk Farmina di mana pihak UTHM akan membantu dalam memperkenalkan produk Farmina Bio Plus serta memperluaskan pengetahuan orang ramai tentang produk ini. Selain itu, perkara lain yang dibincangkan adalah berkaitan dengan penambahbaikan sistem pembuatan di kilang Farmina.
Ini adalah penting bagi menjadikan produk keluaran Farmina Bio Plus akan bertambah baik dan terjamin kualiti serta mutunya. Diharap dengan adanya program kerjasama ini, Farmina Bio Plus akan bertambah maju dan dapat membantu meningkatkan kualiti graduan daripada Universiti Tun Hussein Onn.
Kerakusan terlampau
11 years ago
No comments:
Post a Comment