Tuesday, April 20, 2010

Asas produk keluaran Farmina Bio Plus

Farmina Bio Plus adalah sebuah syarikat yang menghasilkan produk-produk kesihatan dan pembangunan minda yang berasaskan kaedah homeopati, garam hayat dan herba. Homeopati merupakan sistem penawar yang lembut dan bersifat holistac serta tidak mengandungi dadah (drug) seperti mana ubat-ubatan yang lain dan menjadikannya sesuai digunakan bagi semua golongan samada tua atau muda serta 100% halal.

Homeopati memfokuskan kepada seseorang individu yang menumpukan rawatan spesifik dari segi simptom fizikal dan mental dalam memberi faedah yang berpanjangan. Ini berdasarkan teori rawatan "sama dengan sama" di mana penawar homeopati merupakan bahan semulajadi yang telah dicairkan yang mana jika diberikan kepada orang yang sihat, ia akan mngalami simptom-simptom yang dicirikan oleh sesuatu penawar homeopati.

dalam proses penyembuhan pesakit, perkara yang diambil kira adalah faktor fizikal, mental, emosi dan cara hidup dalam mencari penawar homeopati yang bersesuaian dengan seseorang pesakit.

No comments:

Post a Comment